PENAJA

Tuesday, 19 April 2011

KENAPA SAKIT???

Sakit merupakan kegagalan manusia menyingkirkan bahan buangan lendir/muscus dan toksin yang menghalang fungsi-fungsi normal tubuh manusia. Telah banyak berita yang kita dengar menyatakan bahawa sebahagian besar penyakit di zaman moden ini adalah disebabkan oleh makanan. Makanan yang kita makan sehari-hari banyak mengandungi zat-zat yang berbahaya yang boleh menyebabkan kita sakit, atau melemahkan daya tahan tubuh sehingga tidak mampu melawan virus/bakteria yang masuk ke tubuh yang boleh menyebabkan sakit.

Zat-zat tersebut akan menjadi toksin dan berkumpul di usus (kolon). Zat-zat tersebut juga dikenali sebagai “kotoran tersumbat”. Satu penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar Jepun menyimpulkan bahawa jumlah kotoran tersumbat yang berada di dalam seseorang yang sihat, rata-rata adalah seberat 2-6 kg mengumpulkan zat-zat berbahaya di dalam tubuh yang mengakibatkan gangguan pada "barisan pertahanan"pertama iaitu sistem pencernaan yang terdiri dari usus besar dan usus kecil.

Gangguan “barisan pertahanan” kedua, iaitu sistem penyaringan, yang terdiri dari hati, kulit, dan ginjal.

Gangguan pada “barisan pertahanan” ketiga, iaitu sistem endokrin, yang terdiri dari pankreas, kelenjar adrenal, kelenjar pituitari, dan kelenjar-kelenjar penghasil hormon yang lain.

Akibat dari terganggunya “barisan pertahanan” tubuh tersebut, kita akan sakit, mulai dari yang ringan-ringan seperti sakit kepala, pegal linu, migrain, sehingga penyakit yang berat-berat: seperti diabetes, gagal ginjal, stroke, kanser, tumor, dan sebagainya.

Penyelesaian yang mudah dan efektif supaya kita senantiasa sihat dan boleh menyembuhkan berbagai penyakit tersebut adalah, kekerapan mengambil makanan organik. Sebagaimana pendapat Henry B. Beley, seorang doktor dari Amerika, “Makanan organik adalah pilihan terbaik untuk merawat penyakit dan menguatkan tubuh”.